Kata Nama
Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.
| anting-anting | dewan | Indonesia | Honda | 
| Sheila Majid | tomato | durian | telefon | 
| Kampung Indah | hospital |  |  | 
1. Penduduk __________ telah sepakat untuk membaiki jambatan yang rosak itu.
2. Kereta __________ itu harganya RM30 000.
3. Tiang _________ di hadapan rumah Kok Seng condong.
4. Semalam, ayah saya telah berlepas ke __________ atas urusan perniagaan.
5. Apabila tiba di dusun datuk nanti, saya akan makan __________ dengan sepuas-puasnya.
6. Beberapa hirisan __________ dimasukkan ke dalam pinggan itu.
7. __________ itu sesak dengan orang ramai.
8. __________ merupakan seorang penyanyi yang terkenal.
9. __________ itu hadiah daripada abang saya.
10. Encik Ratnam segera dikejarkan ke __________ selepas kemalangan itu.
Pilih jawapan yang sesuai.
1. Milo ialah sejenis __________ .
| A. makanan | B. minuman | 
| C. santapan | D. hidangan | 
2. Umi dan Hakimi telah menyertai __________ drama .
| A. pertandingan | B. permainan | 
| C. perdebatan | D. Perlawanan | 
3. Kita digalakkan supaya makan lebih banyak __________ .
| A. belalai | B. sayap | 
| C. tanduk | D. taring | 
4. __________ tidak dapat pergi menorah apabila hari hujan.
| A. Nelayan | B. Pekebun | 
| C. Pesawah | D. Penoreh getah | 
5. __________ itu diperbuat daripada kayu.
| A. Bulu ayam | B. Kerusi | 
| C. Pembaris | D. Pensel | 
6. Tugas __________ ialah menghantar surat dari rumah ke rumah.
| A. polis | B. doktor | 
| C. posmen | D. askar | 
7. Belalang dan lipas adlah contoh __________ .
| A. serangga | B. tumbuhan | 
| C. haiwan | D. ternakan | 
8. Tokoh korporat itu menaiki kereta __________ Mercedes Benz .
| A. jenis | B. bentuk | 
| C. warna | D. model | 
9. Dikir Barat adalah nyanyian __________ negeri Kelantan.
| A. tradisional | B. moden | 
| C. budaya | D. warisan | 
10. Perempuan itu selamat melahirkan anak sulungnya di __________ .
| A. hospital | B. rumah bomoh | 
| C. klinik pergigian | D. lapangan terbang | 
11. Umat Islam sembahyang berjemaah di __________ .
| A. bank | B. masjid | 
| C. hospital | D. sekolah | 
12. __________ merupakan sejenis binatang pemangsa.
| A. Ikan | B. Harimau | 
| C. Ayam | D. Itik | 
13. __________ ke Muzium Negara sungguh menyeronokkan.
| A. Pasukan | B. Lawatan | 
| C. Pakaian | D. Aturan | 
14. Halaman pondok buruk itu banyak __________ .
| A. bunga | B. kucing | 
| C. lalang | D. lumut | 
15. __________ yang besar itu kepunyaan Encik Wong.
| A. Almari | B. Kapur | 
| C. Pensel | D. Pembaris | 
16. Anak Puan Zainab seorang __________ bomba.
| A. pekerja | B. juru | 
| C. seni | D. pegawai | 
17. __________ itu sedang menyusun buku di atas rak buku.
| A. Usahawan | B. Kerani | 
| C. Pustakawan | D. Akauntan | 
18. Saya belajar dalam __________ .
| A. Cameron Highland | B. Tahun Dua Bestari | 
| C. Sekolah Kebangsaan Dengkil. | D. Taman Puchong Perdana | 
19. Amri dan adiknya mandi dengan riang di __________ Cherating.
| A. pantai | B. kolam | 
| C. sungai | D. laut | 
20. __________ sedang berjenaka di atas pentas.
| A. Pelawak | B. Juruwang | 
| C. Penyanyi | D. Pengurus | 
1.     Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang B haiwan C makhluk D ternakan
 
 
2.       Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit B bunga C getah D padi
 
 
3.        Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati B ubat C gula D garam
 
 
4.        __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik B Dodol C Gamelan D Tarian Inang
 
 
5.        __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian B Masakan C Pakaian D Tarian
 
 
6.       __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis B Wanita C Pemudi D Pemuda
 
 
7.        Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor B perwira C mekanik D pemandu
 
 
8.        Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan B bilik bacaan C bilik stor D bilik air
 
 
9.        Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah B angkut-angkut C kisi-kisi D api-api
 
 
10.    Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu B kisi-kisi C dekak-dekak D kuda-kuda
 
 
11.    __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak B Kanak-kanak C Lelaki-lelaki D Pelajar-pelajar
 
 
12.    __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan B Tanah-tanih C Bukit-bukau D Kayu-kayan
13.   Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam B bawah C tengah D atas
14.    __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah B Buku-buku C Bekas-bekas D Barang-barang
 
 
15.    Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok rambutan.
A tepi B atas C bawah D belakang
 
 
16.    Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
A murid B pelatih C pelajar D mahasiswa
 
 
17.    __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun B Batang C Pelepah D Mayang
18.   Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad B majalah C surat khabar D surat berdaftar
 
 
19.   Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab B Kucing C kambing D kura-kura
 
 
20.    Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia B Korea C Jepun D China
 
 
21.   Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin B Rabu C Ahad D Jumaat
 
 
22.   Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai B rumah C dewan D masjid
23.   Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah .
A gadis B isteri C betina D wanita
 
 
24.    Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah B penoreh C nelayan D petani
 
 
25.   Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong B pendatang C rakyat D murid
 
 
26.    Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal B basikal C kereta D beca
 
 
27.   Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________.
A perkhemahan B pelancongan C petempatan D perkampungan
 
 
28.   Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.
A dia B kita C kami D mereka
 
 
29.   Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakanlalu lintas.
A jejantas B jambatan C lapangan D bangunan
 
 
30.   Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
A dekan B pelajar C professor D pensyarah
 
 
31.    Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara yang lantang.
A juruulas B juruacara C jurucakap D juruhebah
 
 
32.    Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.
A jambatan B jejambat C jejantas D jejari
 
 
33.   Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.
A rebut B hujan C angin D panas
 
 
34.   Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir.
A pasar B pejabat C hospital D bengkel
 
 
35.    __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang.
A Seniwati B Pramugari C Pramugara D Peragawati
 
 
36.   Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah.
A university B sekolah C tadika D kolej
 
 
37.   Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran Matematik.
A ibu B adik C kakak D pelajar
 
 
38.   __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
A Kuih B Lauk C Sayur D Barang
 
 
39.   _________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.
A Juruacara B Jurucakap C Juruhebah D Jurumaklum
 
 
40.   Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan.
A lompatan B kemeriahan C kesenangan D kegembiraan
 
 
41.    Semua penyertaan pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan__________ rasmi.
A surat B kertas C boring D lembaran kerja
 
 
42.    Pada zaman dahulu, raja dengan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah_________ yang cantik.
A singgahsana B mahligai C peterana D takhta
 
 
43.   Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ diri semasa memandu di lebuh raya yang sedang dalam penyelenggaraan itu.
A kesejahteraan B kebahagiaan C keselamatan D kebaikan
 
 
44.    __________ yang digantung itu bertujuan untuk menakut-nakutkan burung yang memakan padi di sawah itu.
A Kuda-kuda B Pagar-pagar C Orang-orangan D Siku-siku
 
 
45.    Stesen KL Sentral dipenuhi oleh __________ manusia yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.
A lautan B ribuan C barisan D susunan
 
 
46.   Encik Jafri sedang memasang sebuah __________ di bilik tidurnya kerana cuaca terlalu panas.
A penghawa dingin B pendingin hawa C hawa pendingin D hawa dingin
47.    Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu, rujuklah pegawai yang bertugas di __________ itu.
A kaunter jawapan B kaunter hadapan C kaunter maklumat D kaunter pertanyaan
 
 
48.    Perkembangan industri pelancongan akan menawarkan peluang __________ kepada rakyat negara ini.
A lawatan B pelajaran C kewangan D pekerjaan
 
 
49.   Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan para pengkaji bintang.
A balai cerap B balai besar C balairung seri D balai bertingkat
 
 
50.    Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________ pakaian seragam sekolah sumbangan daripada PIBG.
A pendermaan B pemberian C anugerah D bantuan
 
 
51.   Ayah dan ibu Sarah suka membeli belah di __________ kerana barangan yang dijual di sana murah harganya.
A kedai runcit bebas cukai B kedai bunga 
C kedai kasut D kedai buku
 
 
52.    __________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa Pembangunan.
A Tun Abdul Razak B Tunku Abdul Rahman 
C Tun Mahathir MohamadD D Dato. Abdullah Haji Ahmad Badawi
 
 
53.   Pada musim tengkujuh, para nelayan menghabiskan masa dengan membubul__________.
A bubu B joran C pukat D perangkap
 
 
54.   Ketibaan YAB Dato. Najib di majlis itu disambut oleh beberapa orang __________.
A kenalan B kedutaan C kenamaan D keutamaan
 
 
55.   Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A pelajaran B pertanian C perubatan D pendidikan
 
 
56.    Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru.
A tulisan B catatan C lembaran D ringkasan
 
 
57.   Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para __________kemerdekaan tanah air.
A pejuang B pembela C penjajah D penjenayah
 
 
58.    __________ pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial yang serius.
A Ketibaan B Kehadiran C Kedatangan D Kemasukan
 
 
59.   Azua dan Latifah merupakan rakan __________ semasa mereka tinggal berjiran di Taman Sentosa.
A sepermainan B seperjuangan C persekolahan D perkongsian
 
 
60.   __________ di tepi pantai pada waktu senja sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.
A Pemandangan B Peristiwa C Keadaan D Situasi
