be nice & click me

Thursday, April 28, 2011

kata nama

Kata Nama

Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.

anting-anting

dewan

Indonesia

Honda

Sheila Majid

tomato

durian

telefon

Kampung Indah

hospital

1. Penduduk __________ telah sepakat untuk membaiki jambatan yang rosak itu.

2. Kereta __________ itu harganya RM30 000.

3. Tiang _________ di hadapan rumah Kok Seng condong.

4. Semalam, ayah saya telah berlepas ke __________ atas urusan perniagaan.

5. Apabila tiba di dusun datuk nanti, saya akan makan __________ dengan sepuas-puasnya.

6. Beberapa hirisan __________ dimasukkan ke dalam pinggan itu.

7. __________ itu sesak dengan orang ramai.

8. __________ merupakan seorang penyanyi yang terkenal.

9. __________ itu hadiah daripada abang saya.

10. Encik Ratnam segera dikejarkan ke __________ selepas kemalangan itu.

Pilih jawapan yang sesuai.

1. Milo ialah sejenis __________ .

A. makanan

B. minuman

C. santapan

D. hidangan

2. Umi dan Hakimi telah menyertai __________ drama .

A. pertandingan

B. permainan

C. perdebatan

D. Perlawanan

3. Kita digalakkan supaya makan lebih banyak __________ .

A. belalai

B. sayap

C. tanduk

D. taring

4. __________ tidak dapat pergi menorah apabila hari hujan.

A. Nelayan

B. Pekebun

C. Pesawah

D. Penoreh getah

5. __________ itu diperbuat daripada kayu.

A. Bulu ayam

B. Kerusi

C. Pembaris

D. Pensel

6. Tugas __________ ialah menghantar surat dari rumah ke rumah.

A. polis

B. doktor

C. posmen

D. askar

7. Belalang dan lipas adlah contoh __________ .

A. serangga

B. tumbuhan

C. haiwan

D. ternakan

8. Tokoh korporat itu menaiki kereta __________ Mercedes Benz .

A. jenis

B. bentuk

C. warna

D. model

9. Dikir Barat adalah nyanyian __________ negeri Kelantan.

A. tradisional

B. moden

C. budaya

D. warisan

10. Perempuan itu selamat melahirkan anak sulungnya di __________ .

A. hospital

B. rumah bomoh

C. klinik pergigian

D. lapangan terbang

11. Umat Islam sembahyang berjemaah di __________ .

A. bank

B. masjid

C. hospital

D. sekolah

12. __________ merupakan sejenis binatang pemangsa.

A. Ikan

B. Harimau

C. Ayam

D. Itik

13. __________ ke Muzium Negara sungguh menyeronokkan.

A. Pasukan

B. Lawatan

C. Pakaian

D. Aturan

14. Halaman pondok buruk itu banyak __________ .

A. bunga

B. kucing

C. lalang

D. lumut

15. __________ yang besar itu kepunyaan Encik Wong.

A. Almari

B. Kapur

C. Pensel

D. Pembaris

16. Anak Puan Zainab seorang __________ bomba.

A. pekerja

B. juru

C. seni

D. pegawai

17. __________ itu sedang menyusun buku di atas rak buku.

A. Usahawan

B. Kerani

C. Pustakawan

D. Akauntan

18. Saya belajar dalam __________ .

A. Cameron Highland

B. Tahun Dua Bestari

C. Sekolah Kebangsaan Dengkil.

D. Taman Puchong Perdana

19. Amri dan adiknya mandi dengan riang di __________ Cherating.

A. pantai

B. kolam

C. sungai

D. laut

20. __________ sedang berjenaka di atas pentas.

A. Pelawak

B. Juruwang

C. Penyanyi

D. Pengurus

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.


A orang B haiwan C makhluk D ternakan

2. Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit B bunga C getah D padi

3. Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati B ubat C gula D garam

4. __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik B Dodol C Gamelan D Tarian Inang

5. __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian B Masakan C Pakaian D Tarian

6. __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis B Wanita C Pemudi D Pemuda

7. Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor B perwira C mekanik D pemandu

8. Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan B bilik bacaan C bilik stor D bilik air

9. Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah B angkut-angkut C kisi-kisi D api-api

10. Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu B kisi-kisi C dekak-dekak D kuda-kuda

11. __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak B Kanak-kanak C Lelaki-lelaki D Pelajar-pelajar

12. __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan B Tanah-tanih C Bukit-bukau D Kayu-kayan

13. Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam B bawah C tengah D atas

14. __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah B Buku-buku C Bekas-bekas D Barang-barang

15. Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok rambutan.
A tepi B atas C bawah D belakang

16. Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
A murid B pelatih C pelajar D mahasiswa

17. __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun B Batang C Pelepah D Mayang

18. Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad B majalah C surat khabar D surat berdaftar

19. Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab B Kucing C kambing D kura-kura

20. Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia B Korea C Jepun D China

21. Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin B Rabu C Ahad D Jumaat

22. Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai B rumah C dewan D masjid

23. Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah .
A gadis B isteri C betina D wanita

24. Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah B penoreh C nelayan D petani

25. Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong B pendatang C rakyat D murid

26. Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal B basikal C kereta D beca

27. Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________.
A perkhemahan B pelancongan C petempatan D perkampungan

28. Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.
A dia B kita C kami D mereka


29. Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakanlalu lintas.
A jejantas B jambatan C lapangan D bangunan

30. Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
A dekan B pelajar C professor D pensyarah

31. Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara yang lantang.
A juruulas B juruacara C jurucakap D juruhebah

32. Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.
A jambatan B jejambat C jejantas D jejari

33. Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.
A rebut B hujan C angin D panas

34. Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir.
A pasar B pejabat C hospital D bengkel

35. __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang.
A Seniwati B Pramugari C Pramugara D Peragawati

36. Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah.
A university B sekolah C tadika D kolej

37. Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran Matematik.
A ibu B adik C kakak D pelajar

38. __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
A Kuih B Lauk C Sayur D Barang

39. _________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.
A Juruacara B Jurucakap C Juruhebah D Jurumaklum

40. Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan.
A lompatan B kemeriahan C kesenangan D kegembiraan

41. Semua penyertaan pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan__________ rasmi.
A surat B kertas C boring D lembaran kerja

42. Pada zaman dahulu, raja dengan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah_________ yang cantik.
A singgahsana B mahligai C peterana D takhta

43. Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ diri semasa memandu di lebuh raya yang sedang dalam penyelenggaraan itu.
A kesejahteraan B kebahagiaan C keselamatan D kebaikan

44. __________ yang digantung itu bertujuan untuk menakut-nakutkan burung yang memakan padi di sawah itu.
A Kuda-kuda B Pagar-pagar C Orang-orangan D Siku-siku

45. Stesen KL Sentral dipenuhi oleh __________ manusia yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.
A lautan B ribuan C barisan D susunan

46. Encik Jafri sedang memasang sebuah __________ di bilik tidurnya kerana cuaca terlalu panas.
A penghawa dingin B pendingin hawa C hawa pendingin D hawa dingin

47. Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu, rujuklah pegawai yang bertugas di __________ itu.
A kaunter jawapan B kaunter hadapan C kaunter maklumat D kaunter pertanyaan

48. Perkembangan industri pelancongan akan menawarkan peluang __________ kepada rakyat negara ini.
A lawatan B pelajaran C kewangan D pekerjaan

49. Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan para pengkaji bintang.
A balai cerap B balai besar C balairung seri D balai bertingkat

50. Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________ pakaian seragam sekolah sumbangan daripada PIBG.
A pendermaan B pemberian C anugerah D bantuan

51. Ayah dan ibu Sarah suka membeli belah di __________ kerana barangan yang dijual di sana murah harganya.
A kedai runcit bebas cukai B kedai bunga
C kedai kasut D kedai buku

52. __________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa Pembangunan.
A Tun Abdul Razak B Tunku Abdul Rahman
C Tun Mahathir MohamadD D Dato. Abdullah Haji Ahmad Badawi

53. Pada musim tengkujuh, para nelayan menghabiskan masa dengan membubul__________.
A bubu B joran C pukat D perangkap

54. Ketibaan YAB Dato. Najib di majlis itu disambut oleh beberapa orang __________.
A kenalan B kedutaan C kenamaan D keutamaan

55. Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A pelajaran B pertanian C perubatan D pendidikan

56. Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru.
A tulisan B catatan C lembaran D ringkasan

57. Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para __________kemerdekaan tanah air.
A pejuang B pembela C penjajah D penjenayah

58. __________ pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial yang serius.
A Ketibaan B Kehadiran C Kedatangan D Kemasukan

59. Azua dan Latifah merupakan rakan __________ semasa mereka tinggal berjiran di Taman Sentosa.
A sepermainan B seperjuangan C persekolahan D perkongsian

60. __________ di tepi pantai pada waktu senja sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.
A Pemandangan B Peristiwa C Keadaan D Situasi

No comments:

Post a Comment